Baru Nak Melabur?
SHARE THIS PAGE:
Adakah anda sedang mencari jalan untuk mengembangkan kekayaan anda tetapi mendapati usaha ini terlalu rumit kerana seluruh proses kelihatan mencabar atau anda tak tahu di mana untuk bermula?

Kebanyakan pelabur baharu memang mengalami cabaran ini dan kami memahami segala kesulitan yang anda hadapi.

Tetapi sebahagian daripada masalah ada kaitan dengan pelbagai salah tanggapan tentang pelaburan yang menghalang anda daripada mengambil langkah pertama.

Berikut ialah 3 mitos atau salah tanggapan tentang pelaburan dan fakta sebenar mengenai cara anda boleh memanfaatkan sepenuhnya pelaburan anda.
Salah Tanggapan #1:

Proses Pelaburan adalah Rumit
Cabaran paling besar yang dihadapi oleh kebanyakan pelabur baharu ialah cara mengatasi kebimbangan awal mereka tentang pelaburan, dengan tanggapan bahawa pelaburan ialah sesuatu yang rumit. Tetapi seperti kata pelabur terkenal Warren Buffett, pelaburan tidaklah terlalu rumit seperti membina dan melancarkan roket. Malah orang yang mempunyai IQ lebih tinggi tidak semestinya menghasilkan pulangan lebih baik daripada yang lain.

Perancangan ialah langkah pertama dan paling penting dalam proses pelaburan sesiapa pun. Jika anda gagal untuk merancang, anda merancang untuk gagal. Hakikat ini memang terbukti dalam dunia pelaburan.

Terlebih dahulu, nyatakan dengan jelas matlamat pelaburan anda dan tentukan sebab sebenar anda melabur. Adakah anda seorang pelabur milenium yang sedang mengumpulkan simpanan untuk membeli rumah pertama? Atau mungkin anda pelabur yang sudah menghampiri usia persaraan dan mahu menjana pendapatan gantian?

Matlamat ini kemudian dipadankan dengan kapasiti risiko anda, yang merupakan risiko yang sanggup anda terima untuk pelaburan anda. Sanggupkah anda menerima perubahan nilai yang ketara dalam portfolio anda? Atau anda lebih berhati-hati dan menggunakan pendekatan konservatif?

Menetapkan semua matlamat pelaburan dan risiko yang sanggup anda tanggung akan membantu menentukan peruntukan aset dan membina portfolio yang memenuhi keperluan anda.
Salah Tanggapan #2:

Pasaran Sangat Tidak Stabil
Turun naik pasaran mungkin amat membimbangkan pelabur baharu. Kita semua pernah membaca berita tentang indeks penanda aras yang menjunam dan turun naik harga yang begitu ketara dalam sehari berikutan kejadian luar tertentu. Tetapi pasaran bergerak dalam kitaran dan secara beransur-ansur kembali normal. Sejarah menunjukkan bahawa trend pasaran akan naik dan setiap kitaran kenaikan adalah lebih tinggi daripada yang sebelumnya.

Jadi bagaimana pelabur boleh menangani ketidakstabilan dalam portfolio mereka? Penyelesaiannya ialah dengan mempelbagaikan pelaburan – strategi pengurusan risiko yang mantap dan terbukti yang dirangka untuk menstabilkan pulangan dalam portfolio dan mengurangkan risiko kerugian.

Portfolio terpelbagai dengan tahap hubung kait yang rendah antara pelaburan akan mengurangkan ketidakstabilan dan juga kerisauan dalam keadaan pasaran yang kurang baik. Ini seterusnya akan mendorong pelabur untuk terus melabur dan meraih manfaat apabila pasaran kembali melantun.
Salah Tanggapan #3:

Pelaburan Memerlukan Jumlah Wang Yang Besar
Satu lagi salah tanggapan umum yang menghalang penglibatan pelabur ialah modal awal besar yang diperlukan untuk melabur. Hakikatnya ini tidak benar bagi kebanyakan dana Unit Amanah dan Skim Persaraan Swasta (PRS) yang menetapkan jumlah pelaburan minimum serendah RM100 hari ini.

Bagaimanapun, anda mungkin bertanya jika jumlah pelaburan kecil boleh membantu anda mencapai matlamat pelaburan anda. Adakah RM100 akan membawa manfaat? Jawapannya sekali lagi ialah ya, jika anda berdisiplin dan melabur secara konsisten dengan memanfaatkan kuasa kompaun.

Sebagai contoh, andaikan pelabur membuat pelaburan bulanan RM100 untuk tempoh 30 tahun akan datang. Jumlah keseluruhan yang dilaburkan ialah RM36,000. Mengandaikan pulangan sasaran 12%, nilai pelaburan akan berkembang dan terkompaun untuk menghasilkan nilai unjuran kira-kira RM353,000!

Kuasa kompaun, yang dianggap sebagai ‘keajaiban kelapan dunia’ tidak harus dipandang remeh kerana ia boleh memberikan kesan ketara kepada portfolio dalam jangka panjang. Untuk memanfaatkannya, anda perlu terus melabur dan mengelakkan risiko menjual terlalu awal apabila berlaku penurunan pasaran.

Mulakan awal, dengan jumlah kecil, untuk memanfaatkan kuasa kompaun.
Cara Bermula
Pelaburan bukanlah sesuatu yang rumit atau sukar seperti yang digambarkan. Dengan rancangan kewangan yang sesuai, disokong oleh pelan peruntukan aset kukuh, anda sudah bersedia untuk mengambil satu lagi langkah untuk mencapai matlamat dan aspirasi anda untuk membina kekayaan.
Disclaimer:

Kandungan artikel ini telah disediakan oleh AHAM Asset Management Berhad (seterusnya dirujuk sebagai “AHAM Capital”) untuk kegunaan kumpulan sasaran khusus, dan untuk tujuan perbincangan sahaja. Semua maklumat terkandung dalam pembentangan ini dimiliki AHAM Capital dan tidak boleh disalin, diedarkan atau disebarkan dengan cara lain secara sepenuhnya atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis daripada AHAM Capital. Maklumat yang terkandung dalam pembentangan ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada pandangan, analisis, unjuran dan jangkaan (secara bersama dirujuk sebagai “Pandangan”).

Maklumat tersebut telah diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk daripada domain awam, dan hanya merupakan pernyataan berasaskan kerpercayaan. Walaupun pembentangan ini telah disediakan berdasarkan maklumat dan/atau Pandangan yang dipercayai betul pada masa pembentangan disediakan, AHAM Capital tidak memberikan jaminan secara tersurat atau tersirat terhadap ketepatan atau kelengkapan sebarang maklumat dan/atau Pandangan sedemikian.

Seperti sebarang bentuk produk kewangan lain, produk kewangan yang disebutkan di dalam ini (jika ada) mempunyai pelbagai risiko. Walaupun usaha telah dibuat untuk mendedahkan semua risiko yang mungkin dihadapi, produk kewangan mungkin tertakluk kepada risiko terwujud yang timbul di luar jangkaan kami. Produk kewangan ini mungkin langsung tidak sesuai untuk anda, jika anda tidak sanggup menanggung risiko yang timbul daripada dan/atau behubung dengannya.

AHAM Capital tidak menjadi penasihat atau ejen kepada mana-mana individu yang menjadi sasaran pembentangan ini. Individu tersebut mesti membuat penilaian bebas sendiri tentang kandungan pembentangan ini, tidak harus menganggap kandungan ini sebagai nasihat berhubung dengan hal ehwal undang-undang, perakuanan, percukaian atau pelaburan dan hendaklah berunding dengan penasihat masing-masing.

AHAM Capital dan syarikat-syarikat sekutunya boleh bertindak sebagai principal dan ejen dalam mana-mana urus niaga yang dipaparkan dalam pembentangan ini, atau sebarang transaksi lain berhubung dengan transaksi tersebut, dan hasilnya menerima yuran broker, komisen atau pendapatan lain. Tiada apa dalam pembentangan ini yang bertujuan untuk membuat atau dianggap sebagai tawaran untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan apa-apa sekuriti.

AHAM Capital atau mana-mana pengarah, kakitangan atau wakilnya tidak menanggung sebarang liabiliti (termasuk liabiliti kepada mana-mana pihak kerana kecuaian, atau salah nyata cuai) daripada sebarang kenyataan, pandangan, maklumat atau perkara (tersurat atau tersirat) yang timbul daripada, terkandung dalam atau dihasilkan daripada atau teringgal daripada pembentangan ini, melainkan liabiliti di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan.
Hello, I'm Nadia. How may I help you?
Talk to Nadia
Close
Not sure what to ask? Try these.
  1. I forgot my i-Access password.
  2. How to perform redemption?
  3. What is the minimum amount to open an investment account?
  4. Checklist for deceased redemption.
  5. What is the best fund for me?
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
TENG CHEE WAI

Managing Director
Teng Chee Wai is the founder of Affin Hwang Asset Management Berhad (Affin Hwang AM). Over the past decade, he has built the Company to be the fastest growing and only independent investment management house in Malaysia’s top three, with an excess of RM47 billion in assets under management as at 31 December 2018.​

​In his capacity as Managing Director / Executive Director, Teng manages the overall business and strategic direction as well as the management of the investment team. His hands-on approach sees him actively involved in investments, product development and marketing. Teng’s critical leadership and regular participation in reviewing and assessing strategies and performance has been pivotal in allowing the Company to successfully navigate the economically turbulent decade.

Teng’s investment management experience spans more than 20 years, and his key area of expertise is in managing absolute return mandates for insurance assets and investment-linked funds in both Singapore and Malaysia. Prior to his current appointments, he was the Assistant General Manager (Investment) of Overseas Assurance Corporation (OAC) and was responsible for the investment function of the Group Overseas Assurance Corporation Ltd.​

​Teng began his career in the financial industry as an Investment Manager with NTUC Income, Singapore. He is a Bachelor of Science graduate from the National University of Singapore and has a Post-Graduate Diploma in Actuarial Studies from City University in London.
Ooops!
Generic Popup