Enam Langkah Untuk Memperuntukkan Aset Secara Berkesan
SHARE THIS PAGE:
Sebagai pelabur, antara keputusan paling penting yang perlu anda buat ialah menentukan peruntukan aset anda. Cara anda menentukan jenis dan peratusan aset dalam portfolio anda menjadi asas model pelaburan anda. Bergantung kepada bagaimana aset diperuntukkan, portfolio anda boleh membantu anda mencapai matlamat pelaburan anda, atau menyebabkan anda gagal menepati jangkaan.

Berbeza daripada tanggapan sesetengah orang, proses peruntukan aset TIDAK bermakna anda membahagikan sumber kepada kelas aset (% ekuiti, % bon) yang menghasilkan pulangan paling tinggi. Ini merupakan satu andaian kurang tepat dalam pelaburan yang menimbulkan ketidakseimbangan antara risiko dan pulangan, dan juga menyebabkan portfolio yang kurang terpelbagai atau yang terpesong daripada matlamat anda. Oleh yang demikian, pelabur perlu memastikan mereka membuat peruntukan aset yang sewajarnya sebelum beralih tumpuan kepada bahagian lain dalam portfolio.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah bagaimana pelabur boleh mencapai peruntukan aset yang optimum:-
Langkah 1:

Menentukan Objektif Pelaburan Anda
Ini merupakan langkah pertama dalam proses peruntukan aset yang sering diabaikan. Tetapi langkah inilah paling penting yang patut anda beri tumpuan sebelum merangka portfolio. Tanya soalan asas seperti apakah kecenderungan anda, apakah matlamat anda dan juga apakah yang anda harapkan daripada pelaburan? Soalan-soalan ini akan membantu anda menentukan objektif anda. Adakah anda daripada golongan milenium yang mahu membina dan mengumpulkan kekayaan untuk akhirnya berpindah keluar dari rumah ibu bapa? Atau adakah anda seorang dalam usia pertengahan 50-an yang mahu bersiap sedia meniti usia persaraan dan membina sumber pendapatan tetap?

Setelah anda menemui jawapan yang dikehendaki, anda perlu memastikan objektif kewangan anda bersifat khusus dan boleh diukur. Hakikat bahawa anda orang muda yang ingin membina harta supaya boleh berpindah keluar dari rumah ibu bapa tidak cukup jelas. Berapa banyak harta yang sebenarnya mahu anda kumpulkan? Anda mahu menyewa atau membeli rumah anda yang seterusnya? Adakah anda suka tinggal di bandar raya atau lebih selesa hidup tenang di luar bandar? Pada masa yang sama, seseorang yang berusia pertengahan 50an perlu menentukan paras harta yang ingin dikumpulkan mereka apabila mencapai umur persaraan, dan juga % kadar pulangan yang perlu dicapai sebagai lindung nilai terhadap inflasi.

Semua pertimbangan ini penting dan membentuk parameter bagi objektif pelaburan anda, supaya portfolio anda dikhususkan kepada usaha mencapai matlamat yang ditetapkan. Ada kemungkinan kita terlalu fokus pada langkah menentukan objektif dan mula menetapkan sasaran yang luar biasa atau tidak munasabah. Sesungguhnya anda perlu berpijak di bumi nyata dan realistik tentang apa yang sebenarnya ingin anda capai. Menetapkan jangkaan amat penting, terutamanya berkaitan dengan wang supaya anda tidak hampa kelak.
Langkah #2:

Menilai Toleransi Risiko Anda
Menentukan toleransi risiko anda ialah langkah seterusnya dalam proses peruntukan aset. Memahami toleransi risiko anda juga boleh dilakukan dengan menjawab soalan asas seperti umur, pendapatan & perbelanjaan bulanan dan komitmen lain yang anda ada. Profil psikologi dan personaliti anda lazimnya menentukan sikap anda dan sama ada anda suka mengambil risiko atau mengelakkan risiko.

Perlu diingatkan di sini untuk membezakan antara toleransi risiko dan penerimaan risiko, kerana kedua-dua mengukur perkara berbeza. Sebagai contoh, jika anda seorang pelabur pada usia pertengahan 20-an mungkin lebih cenderung mengambil risiko kerana keyakinan dan keberanian yang biasa dilihat dalam kalangan orang muda. Jadi, anda mempunyai kesanggupan lebih tinggi untuk menerima risiko yang tinggi.

Tetapi jika anda sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata, dan juga perlu menanggung ibu bapa dan keluarga mertua, keupayaannya untuk menanggung risiko adalah terhad. Oleh yang demikian, anda boleh dikatakan sebagai pelabur yang mempunyai toleransi risiko yang rendah dan tidak boleh membina portfolio agresif yang mengutamakan kelas aset berisiko lebih tinggi.
Langkah 3:

Jangka Masa Pelaburan dan Keperluan Tunai
Seterusnya, anda perlu menentukan jangka masa pelaburan dan kekangan tunai masing-masing. Anggapkan kedua-dua faktor ini sebagai faktor penggerak portfolio yang akhirnya akan menentukan kapasiti pelaburan dan jumlah yang boleh anda laburkan.

Sebagai contoh, seorang pelabur pada pertengahan usia 20an yang tidak perlu menggunakan wang pokok dan agihan daripada pelaburan dalam tempoh 8 – 10 tahun akan datang mempunyai jangka masa pelaburan yang panjang, dan kapasiti lebih besar untuk melabur. Keadaan ini akan membolehkan pelabur mengambil lebih banyak risiko dan terdedah kepada instrumen atau kelas aset lebih tinggi risiko yang hanya menjana pulangan pada peringkat lanjutan. Kelas aset tersebut lazimnya termasuk syarikat bermodal kecil dan saham pertumbuhan yang berisiko tinggi dan meraih pendapatan dan menjana pertumbuhan kukuh lebih lewat dalam kitaran pelaburan. Oleh yang demikian, pelabur dengan jangka masa pelaburan lebih singkat harus mengelakkan kelas aset seperti ini.

Pada masa yang sama, sebagai pelabur, anda harus menilai keperluan tunai dan menentukan berapa banyak yang perlu anda peruntukkan daripada harta anda sebagai pelaburan. Anda perlu faham bahawa ini merupakan sumber kekayaan yang berbeza daripada akaun simpanan anda yang gunakan untuk sara hidup atau perbelanjaan harian. Oleh yang demikian, anda tidak digalakkan untuk menggunakan kedua-dua tabung untuk tujuan berbeza, contohnya menggunakan simpanan untuk pelaburan dan juga sebaliknya. Anda perlu memberi masa untuk portfolio anda menunjukkan hasil dan mencatatkan pulangan terkompaun. Tindakan menunaikan portfolio mungkin menimbulkan gangguan kepada pelaburan, terutamanya di peringkat penting kitaran pasaran apabila ia semakin pulih. Oleh yang demikian, pelabur seharusnya berdisiplin dan memberikan tumpuan.

Kedudukan tunai sering kali menjadi faktor paling penting bagi kebanyakan kita apabila berbicara tentang pelaburan, terutamanya dengan pelbagai jenis komitmen, tanggungan dan perbelanjaan untuk dijelaskan. Tetapi ini tidak seharusnya menjadi penghalang pelaburan. Anda juga boleh membina portfolio pendapatan dengan pembayaran dan pengagihan pendapatan tetap yang akan memenuhi keperluan tunai anda dan mengekalkan gaya hidup semasa anda.
Langkah 4:

Memahami Kelas Aset Berbeza
Kelas aset atau jenis aset yang dilaburkan ialah blok binaan bagi portfolio anda. Pada umumnya, terdapat tiga kelas aset bagi pelabur, iaitu ekuiti, pendapatan tetap dan tunai.
Ekuiti ialah kelas aset paling berisiko tetapi berpotensi memberikan pulangan tertinggi. Instrumen umum termasuk saham biasa atau dana ekuiti yang diuruskan menerusi broker atau ejen.

Sekuriti pendapatan tetap, yang dikenali sebagai instrumen hutang, ialah kelas aset kurang berisiko yang memberikan pulangan lebih stabil tetapi lebih rendah. Pelabur mungkin tidak boleh memegang kelas aset ini dengan melabur secara terus dalam bon, tetapi mereka boleh melabur menerusi dana bon. Tunai atau aset yang setara dengan tunai ialah kelas aset paling cair iaitu paling mudah ditunaikan dan lazimnya memberikan sedikit atau tiada pulangan terutamanya dalam suasana inflasi. Tetapi ia memainkan peranan sebagai sangat cair untuk bergerak masuk dan keluar pantas dalam penurunan pasaran dan menjadi penampan semasa kecemasan.

Terdapat juga kelas aset lain termasuk REIT, komoditi, logam berharga, hartanah atau kelas aset alternatif seperti ekuiti persendirian, kontrak derivatif dan niaga hadapan. Lebih penting lagi, anda perlu benar-benar memahami apa sebenarnya yang anda laburkan dan kelas aset produk sebelum memasukkanya ke dalam portfolio anda.

Produk dan kaedah pelaburan tertentu sering kali membabitkan struktur dan definisi pembayaran yang rumit. Anda perlu bertanyakan soalan yang berkenaan untuk menambah kefahaman anda tentang apa sebenarnya dalam pelaburan anda.
Langkah 5:

Membina Portfolio Anda
Akhir sekali, anda sudah bersedia untuk membina portfolio anda. Tiada satu kaedah atau pendekatan untuk membina portfolio yang ‘sempurna’, kerana setiap portfolio perlu disesuaikan menurut keperluan dan profil risiko pelabur. Namun begitu, terdapat beberapa model contoh yang boleh diguna pakai oleh pelabur buat permulaan.

Bagi pelabur yang sanggup menanggung risiko, mereka boleh melabur dalam portfolio lebih agresif yang meliputi 70% - 80% ekuiti dan bakinya dalam instrumen pendapatan tetap. Dari sudut lain, pelabur yang ingin mengurangkan risiko seharusnya memberi tumpuan kepada pendapatan tetap antara 70% - 80% dalam bon, dengan pegangan minimum dalam ekuiti dan sedikit tunai. Pelabur yang sanggup menanggung risiko sederhana seharusnya mempunyai pendedahan kepada kedua-dua kelas aset.

Mengambil kira semua pertimbangan tersebut dalam proses peruntukan aset ialah prinsip mempelbagaikan pelaburan. Pelabur tidak harus ‘meletakkan semua telur mereka dalam satu bakul’. Prinsip mempelbagaikan pelaburan bertujuan mengurangkan risiko dalam portfolio dengan melabur dalam campuran kelas aset berbeza yang tiada atau sedikit hubung kait (korelasi), supaya keuntungan daripada satu kelas aset boleh diimbangi oleh kerugian daripada yang lain. Ini merupakan teknik mengimbangi risiko yang telah terbukti mencatatkan prestasi yang kukuh dalam jangka panjang dengan melindungi daripada kerugian, sambil mengekalkan pendedahan secukupnya untuk mengambil kesempatan daripada pertumbuhan pasaran.
Langkah 6:

Pegangan Teras dan Taktikal
Semua pelabur kemudiannya boleh mengambil langkah seterusnya untuk membina portfolio masing-masing dengan memegang pelaburan teras dan taktikal. Pendekatan ini sesuai bagi pelabur yang mempunyai pandangan khusus tentang kelas aset tertentu dan prestasinya.

Pelabur bergantung kepada pegangan teras sebagai tunggak portfolio demi kestabilan. Pegangan ini juga seharusnya meliputi sebahagian besar daripada portfolio dan dipelbagaikan dengan sewajarnya. Bakinya boleh dibahagikan kepada pegangan taktikal yang membolehkan anda meneroka peluang di pasaran dan meningkatkan keuntungan (atau kerugian) dalam portfolio. Pegangan taktikal anda perlu diuruskan secara aktif. Tetapi dengan adanya dua pegangan berbeza, pelabur dapat menggunakan pendekatan langsung yang lebih aktif kepada pelaburan, tanpa menjejaskan seluruh portfolio mereka.

Sebagai contoh, katakan seorang pelabur dengan profil risiko sederhana telah memilih portfolio seimbang dengan peruntukan sama rata antara ekuiti dan instrumen pendapatan tetap. Tetapi pelabur ini juga mahu memberikan penekanan kepada saham bermodal kecil dan ekuiti di China untuk memanfaatkan pertumbuhan global dan momentum pendapatan kukuh syarikat-syarikat bermodal kecil, dan juga reformasi dari sudut penawaran di China.

Pelabur kemudian boleh membina portfolio yang terdiri daripada pegangan teras yang merangkumi 45% ekuiti dan 45% pendapatan tetap. Baki 10% boleh diperuntukkan secara taktikal kepada dana bermodal kecil dan dana pertumbuhan China yang membolehkan pelabur mendapatkan pendedahan di pasaran-pasaran tersebut.
Contoh Portfolio Seimbang
Pendapatan Tetap (45%)
  • Dana Bon A
  • Dana Pendapatan B
-
Ekuiti (45%)
Ekuiti (10%)
Dana Ekuiti A
Dana Modal Kecil
Dana Pertumbuhan B 
Dana Ekuiti China

Disclaimer:

Kandungan artikel ini telah disediakan oleh AHAM Asset Management Berhad (seterusnya dirujuk sebagai “AHAM Capital”) untuk kegunaan kumpulan sasaran khusus, dan untuk tujuan perbincangan sahaja. Semua maklumat terkandung dalam pembentangan ini dimiliki AHAM Capital dan tidak boleh disalin, diedarkan atau disebarkan dengan cara lain secara sepenuhnya atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis daripada AHAM Capital. Maklumat yang terkandung dalam pembentangan ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada pandangan, analisis, unjuran dan jangkaan (secara bersama dirujuk sebagai “Pandangan”).

Maklumat tersebut telah diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk daripada domain awam, dan hanya merupakan pernyataan berasaskan kerpercayaan. Walaupun pembentangan ini telah disediakan berdasarkan maklumat dan/atau Pandangan yang dipercayai betul pada masa pembentangan disediakan, AHAM Capital tidak memberikan jaminan secara tersurat atau tersirat terhadap ketepatan atau kelengkapan sebarang maklumat dan/atau Pandangan sedemikian.

Seperti sebarang bentuk produk kewangan lain, produk kewangan yang disebutkan di dalam ini (jika ada) mempunyai pelbagai risiko. Walaupun usaha telah dibuat untuk mendedahkan semua risiko yang mungkin dihadapi, produk kewangan mungkin tertakluk kepada risiko terwujud yang timbul di luar jangkaan kami. Produk kewangan ini mungkin langsung tidak sesuai untuk anda, jika anda tidak sanggup menanggung risiko yang timbul daripada dan/atau behubung dengannya.

AHAM Capital tidak menjadi penasihat atau ejen kepada mana-mana individu yang menjadi sasaran pembentangan ini. Individu tersebut mesti membuat penilaian bebas sendiri tentang kandungan pembentangan ini, tidak harus menganggap kandungan ini sebagai nasihat berhubung dengan hal ehwal undang-undang, perakuanan, percukaian atau pelaburan dan hendaklah berunding dengan penasihat masing-masing.

AHAM Capital dan syarikat-syarikat sekutunya boleh bertindak sebagai principal dan ejen dalam mana-mana urus niaga yang dipaparkan dalam pembentangan ini, atau sebarang transaksi lain berhubung dengan transaksi tersebut, dan hasilnya menerima yuran broker, komisen atau pendapatan lain. Tiada apa dalam pembentangan ini yang bertujuan untuk membuat atau dianggap sebagai tawaran untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan apa-apa sekuriti.

AHAM Capital atau mana-mana pengarah, kakitangan atau wakilnya tidak menanggung sebarang liabiliti (termasuk liabiliti kepada mana-mana pihak kerana kecuaian, atau salah nyata cuai) daripada sebarang kenyataan, pandangan, maklumat atau perkara (tersurat atau tersirat) yang timbul daripada, terkandung dalam atau dihasilkan daripada atau teringgal daripada pembentangan ini, melainkan liabiliti di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan.
Hello, I'm Nadia. How may I help you?
Talk to Nadia
Close
Not sure what to ask? Try these.
  1. I forgot my i-Access password.
  2. How to perform redemption?
  3. What is the minimum amount to open an investment account?
  4. Checklist for deceased redemption.
  5. What is the best fund for me?
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
TENG CHEE WAI

Managing Director
Teng Chee Wai is the founder of Affin Hwang Asset Management Berhad (Affin Hwang AM). Over the past decade, he has built the Company to be the fastest growing and only independent investment management house in Malaysia’s top three, with an excess of RM47 billion in assets under management as at 31 December 2018.​

​In his capacity as Managing Director / Executive Director, Teng manages the overall business and strategic direction as well as the management of the investment team. His hands-on approach sees him actively involved in investments, product development and marketing. Teng’s critical leadership and regular participation in reviewing and assessing strategies and performance has been pivotal in allowing the Company to successfully navigate the economically turbulent decade.

Teng’s investment management experience spans more than 20 years, and his key area of expertise is in managing absolute return mandates for insurance assets and investment-linked funds in both Singapore and Malaysia. Prior to his current appointments, he was the Assistant General Manager (Investment) of Overseas Assurance Corporation (OAC) and was responsible for the investment function of the Group Overseas Assurance Corporation Ltd.​

​Teng began his career in the financial industry as an Investment Manager with NTUC Income, Singapore. He is a Bachelor of Science graduate from the National University of Singapore and has a Post-Graduate Diploma in Actuarial Studies from City University in London.
Ooops!
Generic Popup