Instrumen Pendapatan Tetap Untuk Pelabur Baharu (Bahagian 2/2)
SHARE THIS PAGE:
Dalam bahagian kedua dan terakhir siri pendidikan kami mengenai pendapatan tetap, kita pelajari lebih lanjut mengapa penarafan kredit penting dan juga isyarat yang diberikan kepada pelabur dalam keadaan sebaran kredit yang semakin sempit atau lebar.
Apa itu Penarafan Kredit?
Bon diberi penarafan oleh agensi penarafan kredit untuk menentukan kelayakan kredit penerbitnya. Penilaian dilakukan ke atas pelbagai faktor kewangan termasuk kecairan, hutang dan juga ke atas faktor bukan kewangan lain.

Standard and Poor's (S&P), Moody's Investors Service (Moody's) dan Fitch Ratings ialah tiga penyedia penarafan kredit utama, yang dikenali sebagai Big 3. Di dalam negara, agensi penarafan yang memainkan peranan ialah Ratings Agency Malaysia (RAM) dan Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC).

Secara umumnya, tempoh masa satu tahun atau lebih singkat dianggap sebagai jangka pendek, dan tempoh melebih satu tahun dianggap jangka panjang. Pada masa lepas, pelabur institusi lebih mengutamakan penarafan jangka panjang.
 
Penarafan kredit penting kerana ia mencerminkan kekuatan kewangan penerbit dan keupayaannya untuk membayar balik. Penarafan ini membantu pelabur membuat keputusan dalam pemilihan bon untuk dilaburkan.
 
Penarafan kredit juga memainkan peranan menentukan harga atau keluk kadar hasil bon. Bon penarafan lebih tinggi mungkin menawarkan kadar hasil lebih rendah, berbanding bon bertaraf lebih rendah kerana ia dianggap kurang berisiko atau amat terdedah kepada kegagalan pembayaran. Di sebaliknya, bon bertaraf lebih rendah menawarkan kadar hasil lebih tinggi untuk menampung risiko lebih tinggi yang diambil oleh peminjam.
Bon Gred Pelaburan (IG)
Penarafan Gred Pelaburan menunjukkan bahawa bon tertentu mempunyai risiko kegagalan pembayaran lebih rendah. Oleh yang demikian, ini menjadikannya pilihan pelaburan menarik bagi pelabur konservatif. Kadar hasilnya adalah lebih rendah berbanding bon pulangan tinggi.

Bon Kadar Hasil Tinggi (HY)
Juga dikenali sebagai bon ‘Junk’. Bon ini merupakan instrumen yang membayar kadar faedah lebih tinggi kerana ia mempunyai penarafan lebih rendah berbanding bon Gred Pelaburan. Kadar hasil lebih tinggi setimpal dengan risiko lebih tinggi yang ditanggung pelabur. Bon kadar hasil tinggi tertentu juga dinamakan ‘fallen angels’ selepas kehilangan status gred pelaburan.

Bon Perbendaharaan
Sekuriti perbendaharaan (Perbendaharaan) dianggap instrumen pelaburan paling selamat. Ia juga dikenali sebagai kadar tanpa risiko. Jaminan di sebalik instrumen ini ialah kepercayaan dan kredit kukuh kerajaan AS.

Pelabur dijamin mendapat balik faedah dan juga nilai pokok yang dihutang. Bon perbendaharaan juga terdedah kepada inflasi dan perubahan kadar faedah, seperti instrumen bon lain.

Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS)
MGS ialah bon jangka panjang membayar kupon yang diterbitkan oleh kerajaan Malaysia untuk meraih dana bagi perbelanjaan pembangunan. Lazimnya MGS termasuk bon paling aktif diperdagangkan di negara ini. Bank Negara Malaysia (BNM) menerbitkan MGS 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun dan 10 tahun secara berkala sebagai sekuriti penanda aras bagi melakar keluk kadar hasil yang dijadikan penanda aras.

Di samping itu, bon 15 tahun dan 20 tahun juga pernah diterbitkan untuk memanjangkan keluk kadar hasil.
(Sumber: Bond and Sukuk Information Exchange (BIX) Malaysia)

Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII)
GII ialah sekuriti Kerajaan jangka panjang yang tidak membayar faedah berasaskan prinsip Islam yang diterbitkan oleh kerajaan Malaysia untuk membiayai perbelanjaan pembangunan. GII diterbitkan menerusi lelongan kompetitif oleh BNM bagi pihak kerajaan. GII lazimnya mempunyai tempoh matang asal 3-tahun, 5-tahun, 7-tahun, dan 10-tahun.
(Sumber: Bond and Sukuk Information Exchange (BIX) Malaysia)

Apa itu Sebaran Kredit?
Sebaran kredit ialah perbezaan kadar hasil antara bon dengan tahap kematangan yang sama, tetapi dengan kualiti kredit berbeza. Ia merupakan ukuran premium risiko yang diambil oleh pelabur bon. Lazimnya ukuran sebaran dibuat berbanding Perbendaharaan AS atau bon kerajaan yang dianggap sebagai kadar tanpa risiko.

Sebagai contoh, bon bertaraf AA akan mempunyai sebaran lebih kecil berbanding bon bertaraf BB kerana ia kurang berisiko disebabkan kualiti kredit lebih tinggi. Sebaran lazimnya diukur dalam mata asas (bps), dengan 1 bps bersamaan 0.01%.

Apakah yang dimaksudkan dengan sebaran kredit semakin lebar atau kecil?

Sebaran kredit semakin lebar mungkin menandakan:-
• Kemungkinan tekanan dihadapi dalam kalangan penerbit bon atau kepercayaan kreditnya atau;
• Pasaran lebih berhati-hati kerana persekitaran makro dan pelaburan lebih cenderung untuk mengelakkan risiko.

Oleh yang demikian, pelabur boleh mendapat kadar hasil lebih tinggi, yang menyebabkan sebaran kredit menjadi semakin lebar.

Sebaran kredit lebih kecil mungkin menandakan:-
• Kemungkinan kedudukan penerbit bon dan kepercayaan kreditnya bertambah baik atau;
• Pasaran kembali positif kerana persekitaran makro dan sentimen yang lebih baik

Persekitaran ekonomi lebih positif di mana permintaan untuk bon yang kekal kukuh akan menyebabkan sebaran untuk menjadi lebih kecil atau lebih lebar.

Pelaburan dalam Sekuriti Pendapatan Tetap
Untuk mempelajari lebih lanjut tentang penyelesaian pendapatan tetap kami dan cara anda boleh membina portfolio terpelbagai dengan bon, buat janji temu dengan kami menerusi pautan ini: aham.com.my/Book-An-Appointment
Penafian:
Kandungan artikel ini telah disediakan oleh AHAM Asset Management Berhad (seterusnya dirujuk sebagai “AHAM Capital”) untuk kegunaan kumpulan sasaran khusus, dan untuk tujuan perbincangan sahaja. Semua maklumat terkandung dalam pembentangan ini dimiliki AHAM Capital dan tidak boleh disalin, diedarkan atau disebarkan dengan cara lain secara sepenuhnya atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis daripada AHAM Capital. Maklumat yang terkandung dalam pembentangan ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada pandangan, analisis, unjuran dan jangkaan (secara bersama dirujuk sebagai “Pandangan”).

Maklumat tersebut telah diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk daripada domain awam, dan hanya merupakan pernyataan berasaskan kerpercayaan. Walaupun pembentangan ini telah disediakan berdasarkan maklumat dan/atau Pandangan yang dipercayai betul pada masa pembentangan disediakan, AHAM Capital tidak memberikan jaminan secara tersurat atau tersirat terhadap ketepatan atau kelengkapan sebarang maklumat dan/atau Pandangan sedemikian.

Seperti sebarang bentuk produk kewangan lain, produk kewangan yang disebutkan di dalam ini (jika ada) mempunyai pelbagai risiko. Walaupun usaha telah dibuat untuk mendedahkan semua risiko yang mungkin dihadapi, produk kewangan mungkin tertakluk kepada risiko terwujud yang timbul di luar jangkaan kami. Produk kewangan ini mungkin langsung tidak sesuai untuk anda, jika anda tidak sanggup menanggung risiko yang timbul daripada dan/atau behubung dengannya.

AHAM Capital tidak menjadi penasihat atau ejen kepada mana-mana individu yang menjadi sasaran pembentangan ini. Individu tersebut mesti membuat penilaian bebas sendiri tentang kandungan pembentangan ini, tidak harus menganggap kandungan ini sebagai nasihat berhubung dengan hal ehwal undang-undang, perakuanan, percukaian atau pelaburan dan hendaklah berunding dengan penasihat masing-masing.

AHAM Capital dan syarikat-syarikat sekutunya boleh bertindak sebagai principal dan ejen dalam mana-mana urus niaga yang dipaparkan dalam pembentangan ini, atau sebarang transaksi lain berhubung dengan transaksi tersebut, dan hasilnya menerima yuran broker, komisen atau pendapatan lain. Tiada apa dalam pembentangan ini yang bertujuan untuk membuat atau dianggap sebagai tawaran untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan apa-apa sekuriti.

AHAM Capital atau mana-mana pengarah, kakitangan atau wakilnya tidak menanggung sebarang liabiliti (termasuk liabiliti kepada mana-mana pihak kerana kecuaian, atau salah nyata cuai) daripada sebarang kenyataan, pandangan, maklumat atau perkara (tersurat atau tersirat) yang timbul daripada, terkandung dalam atau dihasilkan daripada atau teringgal daripada pembentangan ini, melainkan liabiliti di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan.
Hello, I'm Nadia. How may I help you?
Talk to Nadia
Close
Not sure what to ask? Try these.
  1. I forgot my i-Access password.
  2. How to perform redemption?
  3. What is the minimum amount to open an investment account?
  4. Checklist for deceased redemption.
  5. What is the best fund for me?
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
TENG CHEE WAI

Managing Director
Teng Chee Wai is the founder of Affin Hwang Asset Management Berhad (Affin Hwang AM). Over the past decade, he has built the Company to be the fastest growing and only independent investment management house in Malaysia’s top three, with an excess of RM47 billion in assets under management as at 31 December 2018.​

​In his capacity as Managing Director / Executive Director, Teng manages the overall business and strategic direction as well as the management of the investment team. His hands-on approach sees him actively involved in investments, product development and marketing. Teng’s critical leadership and regular participation in reviewing and assessing strategies and performance has been pivotal in allowing the Company to successfully navigate the economically turbulent decade.

Teng’s investment management experience spans more than 20 years, and his key area of expertise is in managing absolute return mandates for insurance assets and investment-linked funds in both Singapore and Malaysia. Prior to his current appointments, he was the Assistant General Manager (Investment) of Overseas Assurance Corporation (OAC) and was responsible for the investment function of the Group Overseas Assurance Corporation Ltd.​

​Teng began his career in the financial industry as an Investment Manager with NTUC Income, Singapore. He is a Bachelor of Science graduate from the National University of Singapore and has a Post-Graduate Diploma in Actuarial Studies from City University in London.
Ooops!
Generic Popup