Memilih Unit Amanah Yang Memenuhi Keperluan Portfolio Anda
SHARE THIS PAGE:
Bagaimana para pelabur boleh memilih unit amanah yang memenuhi keperluan pelaburan mereka? Dengan mengikuti langkah-langkah mudah berikut, proses pemilihan mungkin lebih senang daripada yang anda sangka.
Langkah 1:

Matlamat Pelaburan & Toleransi Risiko
Sebelum anda membuat keputusan untuk melabur, sama ada dalam unit amanah, saham, bon atau instrumen pasaran wang lain – anda sebagai pelabur perlu menentukan sepenuhnya matlamat pelaburan dan mengapa anda membuat keputusan untuk melabur.

Faktor seterusnya yang berkait rapat ialah toleransi risiko anda, yang merupakan tahap risiko yang sanggup anda terima bagi pelaburan anda. Sanggupkah anda menerima perubahan ketara dalam portfolio anda? Atau adakah anda menggunakan strategi selamat dan mengguna pakai pendekatan yang lebih konservatif?

Menetapkan matlamat pelaburan dan tahap risiko akan membantu menentukan dana yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan anda.
Langkah 2:

Dana Pendapatan, Pertumbuhan, atau Seimbang?
Pelabur dengan selera risiko yang lebih tinggi akan memilih dana pertumbuhan lebih agresif yang bertujuan menjana peningkatan modal dalam jangka panjang menerusi portfolio yang terpelbagai. Lazimnya dana jenis ini meliputi saham pertumbuhan yang sedang mengembangkan perniagaan dengan pantas, dan berpotensi menjana pulangan lebih tinggi dari purata.

Secara alternatif, dana pendapatan memberikan kepada aliran pendapatan tetap terutamanya menerusi pelaburan dalam bon dengan kadar faedah tinggi atau sekuriti pendapatan tetap.

Bagaimanapun, pilihan pelabur pada hari ini tidak terhad semata-mata kepada pertumbuhan atau pendapatan. Mereka boleh memilih untuk melabur dalam dana seimbang yang terdiri daripada campuran ekuiti dan instrumen pendapatan tetap.
Langkah 3:

Menilai Prestasi Dana
Pelabur kemudian perlu meninjau keputusan masa lepas dana dan prestasinya di bawah pelbagai kitaran pasaran. Adakah dana mengatasi indeks penanda aras secara konsisten?

Walaupun begitu, prestasi masa lepas masih tidak menjamin prestasi masa depan. Oleh yang demikian, pelabur juga harus membaca dengan teliti prospektus dana dan memahami strategi, dan juga peruntukan sektor dan pegangan dana.

Lebih penting lagi, dana mesti menunjukkan proses pelaburan mantap, yang boleh diterangkan dan difahami dengan mudah.
Langkah 4:

Caj dan Yuran
Pelabur juga harus memberi perhatian kepada jenis yuran berbeza yang mungkin dikenakan bagi pelbagai transaksi. Yuran yang biasa dikenakan lazimnya termasuk:-
Caj Jualan Awal/Bebanan Hadapan
Meliputi kos pemasaran, pengedaran dan pemantauan dana unit amanah oleh perunding unit amanah sepanjang tempoh unit amanah dipegang
Yuran Keluar
Ditanggung apabila menjual atau keluar daripada dana unit amanah
Yuran Pertukaran
Ditanggung apabila pelabur bertukar unit amanah daripada satu kategori kepada yang lain
Yuran Pengurusan
Meliputi yuran bagi pengurusan portfolio, perbelanjaan pemegang amanah & penyimpan, yuran audit dan pentadbiran
Langkah 5:

Mengukur Ketidakstabilan atau Volatiliti
Walaupun penilaian prestasi perbandingan atau prestasi mutlak dana adalah penting – pemilihan dana seharusnya mempertimbangkan ketidakstabilan pulangan tersebut.

Dalam konteks Malaysia, firma analisis kewangan Lipper menyediakan ukuran Faktor Volatiliti Dana (FVF) dan Klasifikasi Volatiliti Dana (FVC) sebagai panduan kepada pelabur dalam proses pemilihan mereka.
FVF memberikan ukuran sisihan piawai bagi pulangan dana, yang dikira berbanding pulangan tahunan dana dalam tempoh tiga tahun. Dana dengan FVF lebih tinggi menunjukkan bahawa pulangan turun naik dengan ketara berbanding pulangan tahunan. Secara perbandingan, dana dengan FVF lebih rendah menandakan bahawa pulangan adalah lebih stabil. Dalam contoh di atas, nilai FVF ialah 10.2, yang bermakna terdapat kemungkinan untuk dana naik dan turun kira-kira 10.2% berbanding pulangan tahunan.

Tahap Volatiliti Dana juga diklasifikasikan sebagai ‘Tinggi’, yang menunjukkan bahawa dana berada dalam julat risiko lebih tinggi dan mungkin menggunakan strategi pertumbuhan lebih agresif untuk mencapai pulangan tersebut.
Ilmu pengetahuan menjadi kunci kejayaan pelaburan
Proses memilih unit amanah tidak semestinya sesuatu mencabar. Dengan mengenal pasti dengan jelas matlamat pelaburan dan toleransi risiko anda, maka anda sudah pun mengatasi halangan paling besar.

Sedikit usaha dan kajian juga akan membantu meningkatkan peluang anda untuk berjaya dan memilih dana unit amanah cemerlang yang sesuai untuk portfolio anda.

Penafian:

Kandungan artikel ini telah disediakan oleh AHAM Asset Management Berhad (seterusnya dirujuk sebagai “AHAM Capital”) untuk kegunaan kumpulan sasaran khusus, dan untuk tujuan perbincangan sahaja. Semua maklumat terkandung dalam pembentangan ini dimiliki AHAM Capital dan tidak boleh disalin, diedarkan atau disebarkan dengan cara lain secara sepenuhnya atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis daripada AHAM Capital. Maklumat yang terkandung dalam pembentangan ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada pandangan, analisis, unjuran dan jangkaan (secara bersama dirujuk sebagai “Pandangan”).

Maklumat tersebut telah diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk daripada domain awam, dan hanya merupakan pernyataan berasaskan kerpercayaan. Walaupun pembentangan ini telah disediakan berdasarkan maklumat dan/atau Pandangan yang dipercayai betul pada masa pembentangan disediakan, AHAM Capital tidak memberikan jaminan secara tersurat atau tersirat terhadap ketepatan atau kelengkapan sebarang maklumat dan/atau Pandangan sedemikian.

Seperti sebarang bentuk produk kewangan lain, produk kewangan yang disebutkan di dalam ini (jika ada) mempunyai pelbagai risiko. Walaupun usaha telah dibuat untuk mendedahkan semua risiko yang mungkin dihadapi, produk kewangan mungkin tertakluk kepada risiko terwujud yang timbul di luar jangkaan kami. Produk kewangan ini mungkin langsung tidak sesuai untuk anda, jika anda tidak sanggup menanggung risiko yang timbul daripada dan/atau behubung dengannya.

AHAM Capital tidak menjadi penasihat atau ejen kepada mana-mana individu yang menjadi sasaran pembentangan ini. Individu tersebut mesti membuat penilaian bebas sendiri tentang kandungan pembentangan ini, tidak harus menganggap kandungan ini sebagai nasihat berhubung dengan hal ehwal undang-undang, perakuanan, percukaian atau pelaburan dan hendaklah berunding dengan penasihat masing-masing.

AHAM Capital dan syarikat-syarikat sekutunya boleh bertindak sebagai principal dan ejen dalam mana-mana urus niaga yang dipaparkan dalam pembentangan ini, atau sebarang transaksi lain berhubung dengan transaksi tersebut, dan hasilnya menerima yuran broker, komisen atau pendapatan lain. Tiada apa dalam pembentangan ini yang bertujuan untuk membuat atau dianggap sebagai tawaran untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan apa-apa sekuriti.

AHAM Capital atau mana-mana pengarah, kakitangan atau wakilnya tidak menanggung sebarang liabiliti (termasuk liabiliti kepada mana-mana pihak kerana kecuaian, atau salah nyata cuai) daripada sebarang kenyataan, pandangan, maklumat atau perkara (tersurat atau tersirat) yang timbul daripada, terkandung dalam atau dihasilkan daripada atau teringgal daripada pembentangan ini, melainkan liabiliti di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan.
Hello, I'm Nadia. How may I help you?
Talk to Nadia
Close
Not sure what to ask? Try these.
  1. I forgot my i-Access password.
  2. How to perform redemption?
  3. What is the minimum amount to open an investment account?
  4. Checklist for deceased redemption.
  5. What is the best fund for me?
<  Slide to cancel
I'm listening ...
Click to stop recording
TENG CHEE WAI

Managing Director
Teng Chee Wai is the founder of Affin Hwang Asset Management Berhad (Affin Hwang AM). Over the past decade, he has built the Company to be the fastest growing and only independent investment management house in Malaysia’s top three, with an excess of RM47 billion in assets under management as at 31 December 2018.​

​In his capacity as Managing Director / Executive Director, Teng manages the overall business and strategic direction as well as the management of the investment team. His hands-on approach sees him actively involved in investments, product development and marketing. Teng’s critical leadership and regular participation in reviewing and assessing strategies and performance has been pivotal in allowing the Company to successfully navigate the economically turbulent decade.

Teng’s investment management experience spans more than 20 years, and his key area of expertise is in managing absolute return mandates for insurance assets and investment-linked funds in both Singapore and Malaysia. Prior to his current appointments, he was the Assistant General Manager (Investment) of Overseas Assurance Corporation (OAC) and was responsible for the investment function of the Group Overseas Assurance Corporation Ltd.​

​Teng began his career in the financial industry as an Investment Manager with NTUC Income, Singapore. He is a Bachelor of Science graduate from the National University of Singapore and has a Post-Graduate Diploma in Actuarial Studies from City University in London.
Ooops!
Generic Popup