The Investment Zakat payment service is an initiative by AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) to help investors calculate and pay Zakat on their Investments (with AHAM Capital only) to Lembaga Zakat Selangor (“LZS”). Meanwhile, for investments with other fund management and / or financial institutions, it is the responsibility of the respective investor to fulfil his / her Investment Zakat obligation on the assets.
Investors will need to complete the Investment Zakat payment service form provided by AHAM Capital.
No. The investor is only required to submit the Registration Form for Zakat Payment only once and this request shall be valid until the investor submits a notice to discontinue with the Zakat payment service to AHAM Capital.
No. The investor shall not incur any additional charges for this service.
The types of investments that shall be taken into account in the payment of Investment Zakat are individual investment accounts invested in any Shariah-compliant fund with AHAM Capital (only investment via cash plan applies) and / or AIIMAN Asset Management Sdn Bhd (“AIIMAN”).
The investor shall be responsible for fulfilling the Zakat obligations for joint accounts by themselves.
Investment accounts made via the EPF-Members Investment Scheme or into Private Retirement Schemes are exempted from Zakat calculations.
Individual investors cannot combine their Shariah-compliant investment accounts opened with AHAM Capital and AIIMAN for the purpose of Investment Zakat deductions.
2.5% of the total investment value (subject to reaches Nisab and Haul) as at 31 October every year will be redeemed for the purpose of Zakat payment. The formula of the Zakat calculation is in accordance with the fatwa (Shariah ruling) issued by Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Majlis Agama Islam Selangor) pursuant to Section 47 of the Enactment of the Islamic Administration (State of Selangor) 2003, Volume 64 No.7, Item 4 vis-à-vis Method of Zakat Assessment that was gazetted on 31 March 2011.
The method of calculation of Investment Zakat has been agreed upon between AHAM Capital and LZS is as follows:
The calculation of Investment Zakat is based on the total amount of eligible account balance of the investor as of 31 October of each year. This annual date is chosen to better allow investors to make adjustments at the end of the calendar year (“December”) to prevent duplicated payments of Zakat for the same account.
The table below depicts the criteria of accounts eligible to be assessed for Investment Zakat:
No. The investor is wholly responsible for fulfilling his / her Investment Zakat obligations for assets that have been frozen.
Investors shall receive a notification via short message text (“SMS”) from AHAM Capital fourteen (14) days before 31 October of each year.
Subsequently, the investor will also receive a second notification via SMS fourteen (14) days after 31 October of each year, informing them of the Investment Zakat payment deduction for the current year of assessment.
Investors can check their status and Zakat payment record, upload and save their Zakat payment deductions at LZS by registering an account for free at https://ezo.zakatselangor.com.my/
No. The payment of Investment Zakat is fully managed by AHAM Capital after the investor has agreed to the services by signing and submitting the registration form for Zakat payment.
Yes. Investors who make Investment Zakat payments via AHAM Capital are eligible for tax rebates from the Inland Revenue Board (“LHDN”).
No, there is no expiry date for the Investment Zakat payment service. If the investor wishes to terminate this service, he / she shall submit a notice in writing to AHAM Capital at any time before 30 September for the service to be terminated in the same calendar year.
Perkhidmatan pembayaran Zakat Pelaburan adalah inisiatif AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) untuk membantu para pelabur mengira dan membayar zakat ke atas pelaburan mereka (yang dibuka dengan AHAM Capital sahaja) kepada Lembaga Zakat Selangor (“LZS”). Manakala, bagi pelaburan yang dibuka dengan institusi pengurusan dana dan / atau institusi kewangan lain adalah menjadi tanggungjawab para pelabur sendiri untuk melunaskan kewajipan Zakat Pelaburan ke atas harta tersebut.
Para pelabur perlu mengisi borang perkhidmatan pembayaran Zakat Pelaburan yang disediakan oleh AHAM Capital.
Tidak. Pelabur hanya perlu mengisi borang perkhidmatan pembayaran Zakat Pelaburan sekali sahaja sehingga Pelabur memaklumkan AHAM Capital untuk menamatkan perkhidmatan pembayaran Zakat Pelaburan tersebut.
Tidak, Perkhidmatan pembayaran Zakat Pelaburan adalah percuma.
Zakat Pelaburan hanya tertakluk kepada akaun pelaburan individu persendirian di dalam mana-mana Dana Patuh Shariah AHAM Capital (yang dibuka di bawah pelan tunai sahaja) dan / atau AIIMAN Asset Management Sdn Bhd (“AIIMAN").
Pelabur perlu bertanggungjawab untuk melunaskan sendiri kewajipan Zakat terhadap akaun pelaburan bersama.
Akaun pelaburan yang dibuka melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”) atau di bawah Skim Persaraan Swasta (“PRS”) adalah dikecualikan daripada pembayaran Zakat.
Pelabur individu tidak boleh menggabungkan akaun pelaburan patuh Shariah yang dibuka dengan AHAM Capital dan AIIMAN untuk tujuan pembayaran Zakat Pelaburan.
2.5% daripada jumlah akhir pelaburan (yang cukup Nisab dan Haul) pada 31 Oktober setiap tahun akan ditolak untuk tujuan pembayaran Zakat Pelaburan. Ini adalah berpandukan kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Majlis Agama Islam Selangor) di bawah Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Jilid 64 No.7, Perkara 4 berkaitan Kaedah Taksiran Zakat yang diwartakan pada 31 Mac 2011.
Cara pengiraan Zakat Pelaburan yang telah dipersetujui di antara AHAM Capital dan LZS adalah seperti berikut:
Pengiraan Zakat Pelaburan adalah berdasarkan kepada jumlah keseluruhan baki akaun pelabur yang layak pada 31 Oktober setiap tahun. Pemilihan 31 Oktober adalah bagi memberi peluang kepada para pelabur untuk membuat pelarasan pada hujung tahun (“Disember”) bagi mengelakkan insiden akaun yang sama dizakatkan dua kali.
Jadual di bawah menerangkan kriteria akaun yang akan ditaksir untuk Zakat Pelaburan:
Tidak. Para pelabur bertanggungjawab sepenuhnya untuk melunaskan sendiri kewajipan Zakat Pelaburan mereka terhadap akaun yang “dibekukan”.
Para pelabur akan menerima pesanan ringkas pertama (“SMS”) dari AHAM Capital 14 hari sebelum 31 Oktober bagi tahun taksiran semasa.
Seterusnya, para pelabur juga akan menerima SMS yang kedua, 14 hari selepas 31 Oktober memaklumkan pembayaran Zakat Pelaburan untuk tahun taksiran semasa telah dilakukan.
Pelabur boleh menyemak status dan rekod bayaran Zakat, memuatnaik dan menyimpan penyata potongan bayaran zakat di LZS dengan mendaftar secara percuma di https://ezo.zakatselangor.com.my/
Tidak. Pembayaran zakat pelaburan akan diuruskan oleh AHAM Capital sepenuhnya setelah borang pendaftaran pembayaran Zakat pelaburan diterima.
Ya. Pelabur yang membuat pembayaran Zakat Pelaburan melalui AHAM Capital akan mendapat rebat cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (“LHDN”).
Tidak. Sekiranya pelabur ingin menamatkan perkhidmatan ini, pelabur perlu memberi notis bertulis kepada AHAM Capital pada bila-bila masa sebelum 30 September memaklumkan penamatan perkhidmatan pembayaran Zakat Pelaburan tersebut.